Persatuan Komuniti Shahbandar (PKS) ingin mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada semua ahli PKS yang hadir pada MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI & RAMAH MESRA AHLI yang diadakan pada 08/08/2015 yang lalu. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik dan lancar...
Terima kasih juga diucapkan kepada AJK yang menaja beberapa jenis makanan dan minuman pada majlis tersebut. Tidak lupa juga kepada ahli yang turut menyumbangkan wang tunai bagi menjayakan majlis Aidilfitri. PKS berharap hubungan diantara ahli akan lebih terjalin erat dan program seperti ini dapat menarik minat penduduk yang masih belum manjadi ahli untuk turut serta bersama PKS sebagai ahli Persatuan..