Wednesday, 16 September 2015

MAJLIS GOTONG-ROYONG BERSAMA PENDUDUK


Peluang cuti sempena HARI MALAYSIA telah dimanfaatkan dengan program GOTONG-ROYONG BERSAMA PENDUDUK SHAHBANDAR, Persatuan mengucapkan terima kasih kepada pihak MPSP yang sudi membantu dengan menyediakan peralatan gotong-royong bagi melancarkan lagi program ini. Seramai 25 - 30 penduduk turut serta menjayakan program ini.

Diantara objektif program ialah;
* Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama penduduk.
* Membersih serta menceriakan kawasan sekitar pintu masuk utama ke Shahbandar.

Kawasan gotong-royong tertumpu di 4 pintu masuk utama ke Shahbandar. Daun kering serta sampah sarap disepanjang jalan telah dibersihkan. Selain itu, batu jalan yang berlumut telah dibersihkan serta dicat agar ia kelihatan lebih bersih. Kini kesemua pintu masuk ke Shahbandar kelihatan kemas dan bersih. Ini adalah program FASA 1 yang telah berjaya dilaksanakan oleh PKS dengan kerjasama MPSP dan penduduk. InsyaAllah program gotong-royong bagi FASA yang berikutnya akan diadakan tidak lama lagi.

Terima kasih kepada semua ahli serta penduduk yang sudi meluangkan masa cuti untuk bersama menjayakan program ini. Semoga program sebegini dapat mengerat serta mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim sesama penduduk... Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi berakhir pada pukul 12.00 tengahari.