Friday, 18 November 2016

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PKS YANG KE-3




Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan PKS yang ke-3 berjalan dengan lancar. Korum mesyuarat berjaya dicapai dengan kehadiran seramai 35 ahli. Berikut adalah senarai kehadiran mesyuarat agung:






Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:




Pemilihan AJK 2017 berjalan dengan baik. Pengerusi dan Setiausaha dilantik semula bagi meneruskan tugas mereka pada tahun 2017. AJK tahun 2016 juga dicalonkan semula untuk kekal pada tahun 2017 namun mereka memilih untuk memberi laluan kepada calon-calon baru. Walaubagaimanapun seperti yang termaktub di dalam perlembagaan PKS, seramai 4 AJK akan dipilih oleh Pengerusi dengan persetujuan bersama semua AJK yang lain pada mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang pertama. Berikut adalah AJK 2017 yang dipilih serta dilantik pada mesyaurat agung:












Sunday, 6 November 2016

BENGKEL ROTI


Program ini dicadang serta diuruskan oleh salah seorang penduduk Shahbandar. Memandangkan program ini dilihat baik untuk dijadikan sebahagian program PKS maka program ini telah dianjurkan dengan kerjasama PERSATUAN KOMUNITI SHAHBANDAR. Program ini diuruskan oleh penduduk sendiri namun hebahan tentang program ini dibantu oleh PKS. Program ini dilihat berjaya menarik minat kaum wanita baik tua atau muda. 

Tahniah kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini..!!

















Saturday, 23 July 2016

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI & RAMAH MESRA PENDUDUK 2016



Alhamdulillah, Majlis Jamuan Aidilfitri & Ramah Mesra Penduduk Shahbandar pada tahun ini berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Majlis tahun ini jauh lebih meriah berbanding tahun-tahun lepas. Majlis ini dianjurkan oleh PERSATUAN KOMUNITI SHAHBANDAR (PKS) bersama SURAU AL-HUSNA.

Penduduk mula memenuhi ruang-ruang dewan seawal 9.00 malam. Diantara menu-menu yang disediakan ialah Satay, Char Koey Teow, Roti Canai, Laksa, Apum Balik, Rendang Daging, Lemang, Bihun Sup. Ais Krim, Lemang, Nasi Impit, Minumam panas dan sejuk serta lain-lain juadah ringan. 

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat. Diantara tetamu yang hadir ialah:


1) ASP Ilias Bin Samsuddin (IPD SPU)
2) Sarjan Maruan (Ketua Polis Balai Komuniti Bertam Perdana)
3) En. Mohd Tahir Bin Othman (Pegawai Pembantu Kesihatan Awam Kanan MPSP)
4) En. Mohammad Faudzi Bin Shafie (Pengerusi JKKK Lahar Tiang)
5) En. Tasrin Bin Tugemin (Pem. Pegawai Penyelaras Kadun Pinang Tunggal)

PKS ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK PKS & SURAU serta warga Shahbandar yang turut hadir membantu persiapan majlis. Kerjasama daripada semua merupakan kunci kejayaan majlis ini. 

BERSATU KITATEGUH, BERCERAI KITA ROBOH..

Ucapan oleh Pengerusi Surau Al-Husna - (Dr. Hairul Nizam Bin Ismail)

Ucapan oleh ASP Ilias Bin Samsuddin (IPD SPU)

Penyerahan Surat Permohonan Khemah oleh En. Azhan Bin Arshad (Pengerusi PKS) Kepada Pejabat Kadun Pinang Tunggal Melalui JKKK Lahar Tiang yang turut disaksikan oleh En. Zainuddin Bin Mohamed (Setiausaha PKS) dan En. Tasrin Bin Tugemin (Pem. Pegawai Penyelaras Kadun)