Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan PKS yang ke-4 berjalan dengan baik dan lancar. Korum mesyuarat berjaya dicapai dengan kehadiran seramai 50 ahli aktif bagi tahun 2017 dan 20 pemerhati yang terdiri daripada penduduk yang belum menjadi ahli dan ahli yang belum menjelaskan yuran tahunan 2017. Berikut adalah senarai kehadiran mesyuarat agung:
AHLI AKTIF 2017:
PEMERHATI:
Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
Pemilihan AJK 2017 / 2018 berjalan dengan baik. Beberapa AJK 2016 / 2017 dilantik semula manakala beberapa muka baru dilantik bagi memperkukuhkan barisan kepimpinan PKS. Beriku adalah senarai AJK 2017 / 2018 yang telah dilantik melalui mesyuarat agung tahunan PKS:
Mesyuarat Agung Tahun ini berjaya mencatatkan rekod kedatangan tertinggi. Jumlah kedatangan adalah seramai 70 orang. Sambutan yang baik ini menunjukkan bahawa PKS makin diterima oleh penduduk.
Beberapa kes pecah rumah yang berlaku beberapa minggu yang lepas dilihat berjaya memberi kesedaran kepada penduduk untuk bersatu padu dan memberikan sokongan serta kerjasama kepada PKS. Kehadiran yang amat memberangsangkan ini memberi satu masej bahawa penduduk mula sedar akan tanggungjawab mereka untuk mengambil tahu apa yang berlaku di Shahbandar dan apa yang dilaksanakan oleh PKS untuk kesejahteraan dan keselamatan penduduk.
Diantara agenda utama yang dibawa adalah berkenaan isu keselamatan selain hal-hal penggubalan perlembagaan PKS. Sdr Zainuddin selaku Setiausaha memperjelaskan cadangan yang dibawa oleh RT tentang perlaksanakan komuniti berpalang. PKS melalui setiausahanya menyatakan dengan jelas bahawa tiada persetujuan atau bantahan dari mereka buat masa sekarang. PKS diwujudkan untuk penduduk oleh itu suara serta komen daripada penduduk dilihat penting sebelum sebarang kaedah pengawalan keselamatan dilaksanakan. PKS akan melancarkan "survey" untuk mengumpulkan komen serta pendapat penduduk berkenaan perlaksaan pengawalan keselamatan. Sebaik "survey" ini selesai satu jawatankuasa akan menilai dan seterusnya mengambil satu keputusan untuk menentukan kaedah pengawalan keselamatan yang akan dilaksanakan. PKS menekankan bahawa kerjasama antara PKS dan RT adalah amat penting bagi memastikan seluruh penduduk (lorong 1 - 45) mendapat manfaat daripada sebarang keputusan yang diambil.
Untuk makluman penduduk, mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk membuka keahlian kepada penduduk di Jalan Shahbandar 4 dan 6 (belakang rumah kedai).
Pemilihan AJK 2017 / 2018 berjalan dengan baik. Beberapa AJK lepas dilantik semula dan beberapa muka baru dilantik untuk terus memperkukuhkan barisan kepimpinan PKS. Tahniah kepada semua yang telah dilantik. Majlis turut diserikan dengan penyerahan sumbangan kelahiran sebanyak RM100 seorang kepada 4 penerima yang disampaikan oleh Sdr Azhan Bin Arshad (Pengerusi PKS).
Tahniah dan syabas kepada semua yang hadir...!