Alhamdullilah, majlis pada tahun ini meriah sekali. Ahli sudah mula hadir ke dewan seawal 10.30 pagi. Kedatangan pada tahun ini dilihat jauh lebih baik daripada tahun lepas. Ini menunjukkan satu perkembangan yang amat positif. Mudah-mudahan PKS mendapat sambutan yang jauh lebih baik pada tahun-tahun yan akan datang.
Pada majlis ini PKS menerima 17 pendaftaran baru dan hampir 60 ahli hadi untuk membayar yuran tahunan PKS. Bendahari yang kelihatan sibuk dari awal pagi sehingga ke hujung program melayani pendaftaran dan pembaharuan keahlian. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir memeriahkan majlis.
Selain perkhidmatan gunting rambut percuma, majlis turut diserikan dengan promosi dan jualan produk Tupperware, jualan produk kesihatan dan kecantikan, minuman sunnah dan jualan kek coklat. Selain jualan, majlis bertambah meriah dengan cabutan bertuah dan pertandingan teka kacang. Tahniah kepada semua penerima hadiah..
PKS berharap semua ahli dan penduduk terus memberikan sokongan yang baik kepada PKS, Mudah-mudahan dengan sokongan tersebut PKS dapat terus merancang dan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada ahli serta penduduk Shahbandar.