Program Western Workshop ini merupakan program anjuran Persatuan Komuniti Shahbandar (PKS) dengan kerjasama Pejabat Penyelaras Kadun Pinang Tunggal. Pada awalnya yuran penyertaan ialah sebanyak RM 65.00 bagi setiap peserta. Namun Ustaz Muhasdey Bin Muhamad selaku Pegawai Penyelaras Kadun Pinang Tunggal menawarkan subsidi @ rebat sebanyak RM30.00 untuk setiap peserta bagi mengurangkan beban yuran penyertaan menjadikan yuran penyertaan RM 35 SAHAJA!!. Penyertaan hanya terhad kepada 15 peserta sahaja namun pada hari terakhir pendaftaran jumlah peserta yang berdaftar adalah sebanyak 19 peserta. PKS terus menerima beberapa lagi pendaftaran namun terpaksa ditolak kerana penyertaan telah melebihi had yang ditetapkan.
Majlis Perasmian disempurnakan oleh Ustaz Muhasdey Bin Muhamad selaku Pegawai Penyelaras Kadun Pinang Tunggal. Majlis diserikan dengan kehadiran En. Azhan Bin Arshad (Pengerusi PKS), En. Muhammad Faudzi Bin Shafie (Pengerusi JKKK Lahar Tiang), AJK PKS dan AJK JKKK Lahar Tiang.
Tenaga pengajar merupakan pensyarah daripada Kolej Komuniti Nibong Tebal. PKS mengucapkan terima kasih kepada Puan Rozarina Binti Ruslan selaku tenaga pengajar yang dilihat berjaya mengendalikan workshop ini dengan baik. Turut hadir bersama beliau adalah Puan Norlia Binti Md Bidi (Penyelaras Kolej Komuniti Nibong Tebal), dan dua pelajar kolej iaitu Cik Khairunnisa Binti Zulhairi dan Cik Noor Farzana Binti Omar Zakir.
Diantara objektif proram ini adalah:
1) Mengeratkan silaturrahim diantara penduduk Shahbandar dan penduduk sekitar Dun Pinang Tungal.
2) Mensasarkan penyertaan daripada kaum wanita.
3) Memperkenalkan PKS kepada penduduk dan menarik keahlian baru.
4) Menyampaikan maklumat tentang program-program Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Program ini dilihat berjaya mencapai objektifnya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini. Kolej Komuniti Nibong Tebal turut menyediakan sijil penyertaan kepada semua peserta yang terlibat. Tahniah dan syabas kepada semua peserta..!! Program ini membuktikan PKS tidak pernah menyisihkan kaum wanita malah PKS sentiasa merancang dan melaksanakan program-program yang bermanfaat kepada semua penduduk Shahbandar baik lelaki mahupun perempuan.