Alhamdulillah, kejohanan ini berlangsung dengan jayanya. Seramai 128 peserta @ 64 regu telah mengambil bahagian. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta yang telah memberi kerjasama yang baik kepada penganjur sepanjang kejohanan berlangsung.
Terima kasih kepada semua AJK program yang terlibat di dalam mengendalikan kejohanan pada hari tersebut. Hampir 30 AJK program terlibat secara langsung bagi memastikan kejohanan ini dapat berjalan dengan baik dan teratur. PKS juga amat berterima kasih kepada barisan kepimpinan JKKK Lahar Tiang yang diketuai oleh En. Mohammad Faudzi Bin Syafie di atas kesudian untuk bersama-sama PKS bagi menganjurkan kejohanan ini. PKS berharap JKKK Lahar Tiang dan Pejabat Kadun Pinang Tunggal akan terus bekerjasama dengan PKS di dalam penganjuran program-program yang akan datang.
Majlis diserikan dengan kehadiran Ustaz Muhasdey Bin Muhammad selaku Pegawai Penyelaras Kadun merangkap Peanung Kejohanan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj. Rashid Bin Hasnon selaku Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Selaku penganjur PKS mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YB Dato' di atas kesudian untuk hadir dan seterusnya merasmikan kejohanan ini. PKS mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah menyertai kejohanan ini. Kepada pemenang tahniah diucapkan manakala bagi yang gagal anda tidak pulang tangan kosong. Setiap peserta diberikan sijil penyertaan dan cenderahati sebagai tanda penghargaan daripada pihak penganjur.
Semoga kita berjumpa lagi di program yang akan datang. Tahniah dan syabas kepada semua...!!