PKS mengucapkan terima kasih kepada pihak Surau Al-Husna di atas kesudian untuk bekerjasama dengan PKS bagi penganjuran ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK PKS, AJK Program PKS, AJK Surau dan penduduk yang telah hadir membantu melancarkan persiapan majlis.
Kehadiran pada tahun ini adalah di luar jangkaan. Begitu ramai penduduk memenuhi ruang-ruang dewan dan khemah seawal jam 9.00 malam. Hal ini mungkin disebabkan penambahan penduduk Shahbandar. PKS ingin mengambil kesempatan mengajak penduduk yang masih belum manjadi ahli PKS untuk mendaftar sebagai ahli. Hanya melalui keahlian pihak PKS dapat memantau penambahan penduduk di kawasan Shahbandar.
Majlis pada malam tersebut diserikan dengan kehadiran En. Mohammad Faudzi (Pengerusi JKKK Lahar Tiang) bersama Ajknya, En. Wan Zamzuri dan En. Tasrin (wakil Pejabat Penyelaras Kadun Pinang Tunggal), Sarjan Maruan (Ketua Balai Polis Komuniti Bertam Perdana),.ASP Ilias dan DSP Saw Hock Tek (wakil IPD SPU) serta ramai lagi tetamu-tetamu jemputan.
Sekali lagi PKS mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir pada malam tersebut. PKS memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan pada majlis tahun ini. Semoga majlis pada malam tersebut berjaya merapat serta mengerakan lagi silaturrahim kita sesama penduduk.